Umavathi Ramayah
Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu, lebih lama perkhidmatan seseorang
Ahli Parlimen itu maka lebih tinggi bayaran pencen yang diperoleh
mereka. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR:
Pencen seorang Ahli Parlimen jika digabungkan dengan jawatan-jawatan
yang dipegang sepanjang perkhidmatannya dianggarkan menjangkau RM100,000
sebulan.
Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman (Bebas- Muar) ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK-12) memberitahu, lebih lama perkhidmatan seseorang Ahli Parlimen
itu maka lebih tinggi bayaran pencen yang diperoleh mereka kerana
pembayaran itu tidak mengambil kira statik gaji.
Sehubungan
itu beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi
membincangkan perkara terbabit dan digabungkan bersama perbincangan
mengenai isu Akta Pembiayaan Dana Politik.
"Pencen
bagi wakil rakyat, menteri bukan satu. Ada pencen bagi Ahli Parlimen,
bagi Senator Dewan Negara, pencen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, timbalan menteri,
menteri dan Perdana Menteri tidak disatukan.
"Jika
kamu Ahli Parlimen yang berkhidmat sebagai Exco, ADUN, menteri bukan
pencen berasingan, kalau digabungkan ia boleh menjangkau RM100,000
sebulan jika kamu berkhidmat dalam banyak kedudukan," katanya di Dewan
Rakyat di sini, pada Rabu.
Dalam
pada itu, Syed Saddiq menambah, gaji seorang menteri adalah kira-kira
RM55,000 sebulan dan tidak termasuk beberapa insentif lain seperti
sebuah rumah di Putrajaya, Permit Import (AP) untuk dua buah kenderaan,
nombor pendaftaran kereta, sebidang tanah di Putrajaya dan elaun
percutian boleh melebihi RM100,000 hingga RM200,000 kepada mereka yang
sudah berkeluarga setiap tahun.
"Bukan
itu sahaja apabila dihentikan dapat gratuiti persaraan sehingga RM1 juta
hingga RM2 juta kerana pembayaran tidak dilakukan berdasarkan tempoh
berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai menteri.
"Maksudnya
jika kamu Ahli Parlimen empat hingga lima penggal dan sekiranya kamu
berkhidmat sebagai menteri meskipun satu hari sekalipun kamu akan
mendapat gratuiti melangkau RM1 juta.
"Saya
berharap kerajaan yang bertukar tiga kali dan ada menteri yang kekal
tiga kali, adakah gratuiti hanya sekali atau setiap kali dia berhenti
akan dapat RM1 juta," soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan