Bernama
HAJIJI:
Mandat kami adalah lima tahun dan tidak ada sebab mengapa kami tidak
boleh melengkapkan penggal tersebut. - Gambar fail BERNAMA
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ditubuhkan
pada 26 Sept tahun lalu selepas Pilihan Raya Negeri tidak akan terjejas,
walaupun Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya
Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Menteri Datuk
Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata kerjasama parti dalam
gabungan itu dilihat tetap utuh dan semangat berpasukan akan diteruskan
bagi menerajui kerajaan negeri hingga cukup satu penggal sehingga 2025.
"Ya.
Mandat kami (GRS) adalah selama lima tahun dan tidak ada sebab mengapa
kami tidak boleh melengkapkan penggal tersebut," katanya ketika
dihubungi pemberita malam tadi.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita apakah GRS akan terus
kekal memerintah sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk
mengadakan PRU15.
GRS terdiri daripada
parti komponen Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah
Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS); Barisan Nasional (UMNO, Parti
Bersatu Rakyat Sabah, MCA, MIC) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Pada
26 Sept lepas GRS secara rasmi membentuk kerajaan negeri setelah
memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16
dengan memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan