Muhafandi Muhamad
Takiyuddin berkata muktamar kali ini membabitkan pemilihan kesemua jawatan tertinggi parti. - Gambar fail
KOTA BHARU: Muktamar Pas akan diadakan pada November tahun ini selepas ianya tidak boleh ditangguhkan.
Setiausaha
Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata muktamar itu terpaksa
diadakan selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2021 berdasarkan arahan
yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan, RoS.
“Pas
pada asalnya memohon pada RoS untuk menangguhkan Mesyuarat Agung dan
pemilihan selepas kalau ada pilihan raya, lepas pilihan raya tetapi kita
hanya diberikan kebenaran oleh RoS sehingga 31 Disember 2021 sahaja.
“Maknanya
pemilihan dan muktamar perlu diadakan sebelum 31 Disember. Maka kita
akur arahan sekarang kita adakan mesyuarat cawangan dan awal November
kita akan adakan muktamar secara hibrid dan fizikal,” katanya di sini
hari ini.
Takiyuddin
berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas menyampaikan
bantuan komputer riba kepada pelajar cemerlang Maahad Muhammadi
perempuan di sini hari ini.
Muktamar kali
ini dijangka diadakan di Terengganu secara hibrid dengan sesi sama ada
melibatkan kehadiran perwakilan atau secara maya.
Sekiranya membabitkan kehadiran, jumlah kehadiran dihadkan sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) menangani COVID-19.
Takiyuddin turut berkata muktamar kali ini membabitkan pemilihan kesemua jawatan tertinggi parti.
Kaedah pemilihan akan dibincangkan sama ada secara maya atau hibrid.
Muktamar tahun lepas diadakan di Kelantan dalam norma baharu dan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan