HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 September 2021

Polis terima laporan Alphard dipercayai milik timbalan menteri memotong garisan berkembar

VIDEO tular menunjukkan Toyota Alphard berwarna hitam memotong kenderaan di garisan berkembar di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu. - Gambar Facebook

POLIS Kelantan mengesahkan menerima satu laporan berkaitan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 yang memandu secara berbahaya sehingga tular dalam Facebook, sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Suhaimi Jusoh, dalam kenyataan memaklumkan susulan itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, menerusi video yang tular itu, ia memaparkan kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam telah memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar secara berbahaya di Jalan Bukit Marak-Binjai, dekat sini.

“Terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut yang datang dari arah bertentangan di jalan berkenaan berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3 Gong Dernim,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu dikongsikan menerusi akaun Facebook iaitu “ANA TAHU” dan mendakwa bahawa kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 itu dipercayai milik seorang timbalan menteri. – BERNAMA

Tiada ulasan: