Harits Asyraf Hasnan

Menurut
Papagomo, isu sebenar ialah kelantangannya mengkritik Presiden yang
mana Asyraf Wajdi sendiri hubunginya untuk dia berhenti mengkritik
sebaliknya menyokong Presiden. - Foto Wan Muhammad Azri
KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menempelak ketua pergerakan itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Wan
Muhammad Azri yang dikenali sebagai Papagomo menegaskan, Asyraf
sepatutnya jujur dan tidak memutar belit fakta berkenaan punca dia
digantung keahlian selama enam tahun.
"Sampai
hari ini Lembaga Disiplin UMNO tidak memanggil saya. Saya nak merayu
apa, sedangkan keputusan telah dibuat, saya digantung.
"Bagi saya, kenyataan yang dibuat Asyraf merupakan satu penafian yang mana dia cuba menutup isu sebenar.
"Isu
sebenar ialah kelantangan saya mengkritik Presiden (Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi). Dia (Asyraf) sendiri hubungi saya untuk saya berhenti
daripada kritik Presiden sebaliknya menyokong Presiden.
"Bagi saya, yang salah tetap salah, betul tetap betul," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau
berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan yang dibuat Asyraf
Wajdi yang memaklumkan tindakan menggantung keahlian individu tertentu
dalam UMNO bukan disebabkan kelantangan mengkritik mana-mana pemimpin,
sebaliknya kerana melanggar tatasusila dan disiplin parti.
Mengulas
lanjut Wan Muhammad Azri berkata, kenyataan Asyraf Wajdi kononnya
laporan terhadapnya dibuat oleh akar umbi juga merupakan satu
kekeliruan.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, salah satu laporan yang dibuat terhadapnya dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia sendiri.
"Saya tak dipanggil bela diri langsung sehingga hari ini. Tiba-tiba saya telah dikeluarkan oleh Asyraf Wajdi dari 'group WhatsApp' Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mana Asyraf sendiri pun tak maklum kepada saya atas alasan apa saya dikeluarkan.
"Kemudian baru tersebar cerita saya digantung dan saya dapat surat penggantungan.
"Malah sampai hari ini pun Asyraf Wajdi sebagai Ketua Pemuda UMNO tak menghubungi atau mesej saya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan