Sinar Harian
Surat
pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
(MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar/ Sinar
Harian
SEREMBAN:
Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan makin
meruncing apabila Yusof Tapar dipecat sebagai Ketua Penerangan PKR
Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Rabu.
Surat
pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
(MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Dalam
surat berkenaan dinyatakan kedudukan Yusop sebagai Ketua Penerangan
tidak wajar dikekalkan kerana perkembangan mutakhir dan kenyataan media
secara terbuka yang dibuat olehnya pada 5 September lalu.
Mengesahkan
perkara itu, Yusop ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak
terkejut dengan pemecatannya itu dan telah pun bersedia sejak awal.
"Saya sudah menjangkakan ini tindakan yang akan dikenakan terhadap saya. Saya tidak sedih pun.
"Malah
saya gembira kerana selepas ini saya lebih bebas untuk bercakap dan
saya tidak mahu bersekongkol dengan orang yang boleh saya katakan telah
memalukan parti PKR," katanya.
Jelasnya,
beliau tidak kisah dengan jawatan itu dan pernah empat kali meminta
untuk dipecat sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran
Aminuddin dalam parti.
Ujarnya, tindakan pemecatannya selepas membuat kenyataan media sebelum ini menunjukkan budaya parti tidak boleh ditegur.
"Dulu mana-mana Ketua Cabang yang lantang bersuara akan digantung daripada parti. Tak setuju sikit kena gantung kena pecat.
"Bagi saya ia budaya tak sihat untuk parti yang akhirnya akan membuatkan ahli parti 'fed up' dan rugikan parti," katanya.
Walaupun
dipecat, kata Yusop, beliau tetap akan setia kepada parti dan akan
terus bersuara jika ada yang dilihat tidak betul dalam parti.
Sinar
Harian pada Ahad melaporkan Kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat
suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi MPN yang
juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mereka
terdiri daripada empat Ketua Cabang PKR iaitu Rasah, Port Dickson,
Jelebu, Kuala Pilah; tiga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang
(Rembau, Rasah dan Port Dickson); dua Timbalan Ketua Cabang PKR
(Seremban dan Rembau); Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris; Timbalan
Ketua Wanita PKR Negeri, Rusnani Saring; Setiausaha Penerangan PKR
Negeri, Madon Mislan; Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar; Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Datuk Yek Diew Ching dan mantan
Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri, Mdd Nordin Ismail.
Menurut Yusuf, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Menurut
kenyataan yang dikeluarkan secara bersama pada Ahad, Pengerusi MPN
Negeri Sembilan itu tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan
penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan