Abdul Hakim Rahman
Menurut
Anwar, rundingan sedang dilakukan untuk mendapatkan penyelesaian secara
baik, kerana ada hujah-hujah kuat yang dikemukakan kedua pihak.
KUALA LUMPUR:
Pertikaian berhubung logo yang akan digunakan Pakatan Harapan (PH)
dalam pilihan raya umum akan datang perlu diselesaikan dengan baik
secara rundingan.
Menurut Pengerusi PH,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada pihak dalam PKR yang mencadangkan gabungan
itu menggunakan logo parti PKR, pada masa sama ada parti komponen
mahukan logo PH digunakan.
"Saya
hormat pandangan akar umbi yang gesa pimpinan (PH) menggunakan logo PKR
(dalam PRU15). Saya juga faham dalam konteks PH, ada gesaan daripada
teman-teman supaya guna logo PH.
"Jadi
biarlah kita runding secara baik untuk dapatkan penyelesaian secara
baik, kerana ada hujah-hujah kuat yang dikemukakan kedua pihak," katanya
dalam sidang media secara dalam talian hari ini.
Sebelum
ini Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa
supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada
pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.
Bagaimanapun
Pemuda DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan agar barisan pembangkang
atas dasar kebersamaan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) bersepakat di
belakang logo PH pada pilihan raya akan datang.
Dalam PRU14, calon-calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan logo PKR selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang membubarkan sementara pendaftaran parti itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan