
PEGUAM Siti Kassim tersasar dalam sangkaannya bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memakai jam berjemana mewah Roleks.
Dalam hantaran di Twitter, Siti Kassim berkongsi gambar Naib Presiden Pas itu sedang berdoa yang menampakan pergelangan tangan menteri terbabit memakai jam berwarna emas.
Tidak bertangguh, Siti Kassim meminta penggikut media sosialnya memerhati jam berwarna emas yang dipakai oleh Idris.
“Dengar-dengar dia adalah Menteri Agama yang baru sekarang. Heboh berdoa di lantai pejabat. Juga memakai tanda nama Jawi sahaja. Tiada BM. Tetapi lihat jam tangan emas Rolex-nya,” ciap Siti Kasim di Twitter.

Rolex adalah jam mewah jenama antarabangsa berharga lebih RM100,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan