Sinar Harian
BANDAR KINRARA - Selepas negara ini digemparkan dengan tiga kes penculikan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan yang terbaru di Johor Bahru tahun ini, penduduk di sebuah pangsapuri kos rendah di sini pula gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki nyaris diculik 9 September lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.13 malam, murid tahun lima dari sebuah sekolah berdekatan itu dikatakan sedang duduk bersendirian di tembok batu berdekatan pintu lif rumahnya.
Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika umat Islam di negara ini sedang menunggu waktu berbuka puasa di rumah masing-masing.
Katanya, anaknya memaklumkan ketika duduk bersendirian di tembok batu itu, dia didatangi dua lelaki Melayu yang memeluk dari belakang dan memikulnya masuk ke dalam sebuah van berwarna putih.
Ujarnya lagi, dengan saiz tubuh badan yang kecil, kedua-dua lelaki itu dengan mudah mendukung anaknya dan menyumbatkannya ke dalam van menggunakan pintu belakang kenderaan itu.
“Dia yang tergamam dengan kejadian itu kemudian meronta-ronta di dalam van meminta dilepaskan tetapi permintaannya tidak diendahkan.
“Namun anak lelaki saya berjaya melepaskan diri apabila salah seorang daripada suspek memperlahankan van dipandunya kira-kira 100 meter dari tempat kejadian ketika melalui kawasan bazar Ramadan.
“Ketika salah seorang suspek memperlahankan kereta, anak saya yang berusia 11 tahun itu kemudian bertindak nekad membuka pintu tepi dan terus terjun keluar daripada van.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan