HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 September 2008

Harga barang patut turun

MY METRO


KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan prihatin dengan mengotakan janji untuk menurunkan harga minyak selaras dengan penurunan harga di pasaran dunia, komitmen yang sama juga diharapkan dapat dilakukan oleh golongan peniaga untuk menurunkan harga barangan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan 10 sen masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter.

Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), setakat ini belum ada petanda bahawa harga barang akan diturunkan walaupun harga minyak sudah diturunkan.

Setiausaha Agung Fomca Muhammad Sha’ani Abdullah berkata penurunan harga petrol yang sedikit itu tidak memberi kesan langsung terhadap kos barangan lain.

Katanya Fomca bercadang untuk mengadakan kempen penurunan harga barang tidak lama lagi dalam usaha meringankan beban pengguna terutama menjelang musim perayaan dan melalui kempen itu, Fomca akan menyarankan kepada peniaga agar mengurangkan harga barangan terutama pada musim perayaan.

Tiada ulasan: