HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 September 2008

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac

MALAYSIAKINI


Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember kepada Mac tahun depan.

Ini bertujuan untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan secara lancar. Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16hingga 21 Disember depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula bulan depan.

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibupejabat Umno pagi tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Tiada ulasan: