Utusan Online
PUTRAJAYA t. - Mahkamah Persekutuan kesal dengan kelewatan polis menyiasat kes seorang kerani yang didakwa menggelapkan wang pemegang akaun di Pos Malaysia sebanyak RM6,050 sehingga menyebabkan kes itu berlarutan di peringkat mahkamah selama 22 tahun.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi ketika membuat teguran itu berkata, beliau kesal dengan tindakan polis mengambil masa empat tahun menyiasat aduan terhadap M. Senthivelu sebelum memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya.
Senthivelu meninggal dunia selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Julai 2005 membenarkan rayuannya dan mengisytiharkan pemecatannya pada 1985 sebagai tidak sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan