HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 September 2008

15 maut hari pertama Ops Sikap 17

MY METRO


KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-17 yang bermula semalam menyaksikan sebanyak 15 kematian dalam 14 kemalangan maut di seluruh negara.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata daripada jumlah itu, penunggang motosikal seperti biasa mencatat kematian tertinggi iaitu sebanyak sembilan diikuti kereta (empat) dan pejalan kaki (dua).

“Pada hari pertama Ops Sikap ke-17 sebanyak 1,051 kemalangan jalan raya dengan 14 kemalangan maut dicatatkan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rasdi berkata jalan Persekutuan dan jalan negeri merekodkan kematian tertinggi dengan enam kes diikuti lebuh raya (dua) dan jalan bandaran (satu).
Jumlah saman yang dikeluarkan setakat semalam berjumlah 9,802.

Ops Sikap ke-17 yang akan berjalan sehingga 8 Oktober depan bertujuan mencegah kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Tiada ulasan: