HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 September 2008

20 ditahan tidak puasa

Utusan Online


PARIT BUNTAR - Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menahan seramai 20 orang Islam selepas didapati ingkar dan sengaja tidak berpuasa sejak awal Ramadan lalu.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata, kebanyakan mereka yang ditahan seolah-olah sudah 'berpakat' dengan memberi alasan sama iaitu menghidap penyakit gastrik semata-mata untuk tidak berpuasa.

Menurutnya, walau apa pun alasan yang diberikan, pihak penguat kuasa JAIP tetap menahan mereka kerana telah melakukan satu perbuatan yang amat memalukan umat Islam iaitu makan di khalayak umum semasa Ramadan.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri sumbangan Epic Valley Holdings Sdn. Bhd. (Epic Valley) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) di sini hari ini.

Tiada ulasan: