HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Disember 2008

Anggota misi Mindanao berjaya lakukan korban

Azamin Amin


COTABATO,Mindanao - Setelah anggota misi ke Mindanao menunaikan solat sunat Aidiladha,kami terus bertolak ke Mindanao untuk melakukan ibadah korban.

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan dengan sekatan pihak tentera serta tidak selamat,namun pasukan misi berjaya melakukan korban.

Menariknya, sembelihan korban dilakukan sendiri oleh anggota amal diketuai Cikgu Husin.

Peluang tidak dilepaskan, apabila diri sendiri turut dapat melakukan sembelihan.

Daging-daging sembelihan telah diagih-agihkan kepada penduduk Bangsa Moro dan anak-anak yatim.

Selain itu, sumbangan dana juga telah disampaikan.

Sembelihan sebanyak 32 ekor kambing, 16 ekor lembu telah dilakukan.

Tinjauan mendapati, kawasan perkampungan Islamsangat daif dengan jalan tanah merah yang penuh liku.

Penurut penunjuk jalan, Imran,keadaan di situ agak tidak menentu, namun sekitar Cotabato sudah empat minggu tidak berlaku peperangan,namun semua pihak sentiasa berwaspada.

Keadaan perkampungan di sini kebanyakannya tiada kemdahan elektrik.

Menurut Imran,rata-rata penduduk kini sedang menunggu kepulangan jaguh peninju negara mereka,Manipaciyao,30, yang baru sahaja memenangi kejuaraan dunia 7 Disember lalu.

Beberapa penduduk yang ditemui, kejadian jenayah ketika perlawanan tinju yang diadakan hampir tiada dan akhbar pula laris.

Malam ini,anggota misi akan bergerak pada waktu malam ke Marawi dengan jip. Difahamkan, perjalanan kami akan mengambil masa selama 5 jam dan banyak sekatan akan dilakukan. - mks. _

Tiada ulasan: