HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Disember 2008

Gaji petugas Tabung Haji naik

UTUSAN ONLINE


MEKAH - Pegawai dan petugas Tabung Haji (TH) hari ini menerima 'hadiah Aidiladha' dalam bentuk pelarasan gaji dan kadar elaun seberang laut lebih tinggi pada tahun depan apabila diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Tabung Haji akan membuat pelarasan gaji dan elaun seberang laut bagi semua petugas dan pegawai pada musim haji tahun depan," kata beliau pada satu perjumpaan dengan pegawai dan petugas TH di Tanah Suci menjelang Operasi Masya'ir bermula esok, di bangunan ibu pejabat Tabung Haji Mekah, di sini.

Beliau berkata, TH juga akan memberi insentif pakaian seragam kepada semua pegawai dan petugasnya semasa bertugas di seberang laut bagi musim haji tahun depan di mana sebelum ini harus dibayar sendiri.

Operasi Masya'ir membabitkan lebih 800 petugas haji bermula esok dengan memastikan kesemua 26,000 jemaah negara yang diangkut dengan bas selamat tiba di Arafah dalam lautan manusia untuk bersiap sedia melakukan ibadah kemuncak haji - wukuf mulai waktu zohor Ahad ini.

Selain logistik lain seperti khemah untuk jemaah bermalam serta makan minum mereka, operasi itu juga membabitkan perkhidmatan kebajikan seperti keselamatan, kesihatan dan panduan permasalahan haji.

Perkhidmatan sama juga disediakan seterusnya apabila jemaah bergerak ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina untuk ibadah melontar pada hari raya Isnin ini dan pada Hari Tasyriq pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tiada ulasan: