UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa dekat sini, diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan sejak kelmarin dipecah masuk.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis sentiasa mengawal rapi rumah mereka selama 24 jam sejak insiden tanah runtuh.
"Anggota kami mengawal rumah mereka selama 24 jam dan pada waktu malam, kita pasang lampu untuk memerhati keadaan sekitar.
"Kita minta penduduk jangan panik, semua rumah adalah selamat di bawah kawalan polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khalid menjelaskan, laporan media yang menyiarkan kebimbangan penduduk mendakwa rumah mereka dipecah masuk adalah tidak benar.
Beliau memberitahu, ini kerana setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan mengenai kehilangan jam tangan semalam.
"Jadi kami minta sekiranya ada di antara rumah mereka dipecah masuk, laporkan kepada pondok polis yang disediakan di sini
“Kalau ada laporan, kita akan siasat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan