HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 April 2010

Kos jambatan kedua PP dapat dikurangkan

FREE MALAYSIA TODAY


jambatan Kedua KUALA LUMPUR: Angggaran kos pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang bernilai RM4.5 bilion mungkin dapat dikurangkan setelah pakej-pakej kerja ditawarkan penghujung bulan Mei depan.

"Pakej-pakej kerja terakhir akan dianugerahkan kepada tiga buah syarikat tempatan. Kita berharap dapat menyaksikan pengurangan kos secara keseluruhan apabila tender diberi berdasarkan "harga yang kompetitif," kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut, lapor The Star.

JKSB ialah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, pemegang konsesi selama 45 tahun ke atas jambatan yang terpanjang di rantau Asia Tenggara apabila dibuka kepada trafik pada November 2013.

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu akan menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Batu Maung di sebelah pulau.

Dua pakej pertama projek mega ini dianugerah kepada China Harbour Engineering Sdn Bhd (CHEC) melalui anak syarikat tempatan, Chec Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Bhd.

Kerja-kerja itu masing-masing bernilai RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion.

Berucap selepas perjanjian-perjanjian dipersetujui secara rasmi di antara JKSB dan rakan-rakan kongsi, Ismail berkata jambatan itu dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama sebanyak 20%.

"Kita bercadang untuk menarik 20% dari jumlah kenderaan dari jambatan pertama terlebih dahulu, dan ini tidak menjadi masalah," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek Hussin, yang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu berkata, kerjasama di antara Malaysia dan China dalam projek ini akan memberi laluan kepada kerjasama dalam projek-projek lain pada masa depan.

Tiada ulasan: