HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 April 2010

Pemimpin Umno Budayakan Arak Dan Judi ?

Oleh: HALIK ZAMAN

MENDENGAR kekecohan pendedahan eksklusif Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution, mengenai beberapa tokoh pemimpin UMNO yang bukan sahaja tokoh rebut kuasa, malah KETOKOHAN mereka dalam pelbagai aktiviti negatif, seperti tunggang arak, tokoh judi, tokoh tackle artis muda dan sebagainya.

Ketokohan mereka dalam menunggang arak bukan suatu perkara baru. Perkara ini telah lama diperkatakan dari dahulu, namun ianya tidak menjadi apa-apa kesan kepada orang Islam yang taksub kepada UMNO kerana apa sahaja pemimpin UMNO yang membuat kejahilan baik dari segi perundangan manusia mahu perundangan agama Islam kerana segalanya akan tetap di pandang MULIA bagi para penyokong UMNO.

Kalau pemimpin UMNO ini melanggar perundangan manusia, itu kita tidak hairan kerana memang sudah lumrah manusia yang senantiasa lupa akan peraturan yang mereka sendiri gariskan. Yang menjadi kesalan di hati kita ialah sanggup seorang pemimpin yang beragama Islam turun temurun melanggar perundangan yang di tetapkan oleh Allah swt.

Apakah mereka lupa atau sengaja melupakan apa yang dilarang dan terlarang dalam perundangan agama Islam kita? Adakah mereka tidak teringat atau sengaja enggan mengingati bahawa ARAK itu adalah HARAM bagi mereka yang beragama Islam? Tidak pula di ketahui adakah botol arak yang bercap tanda HALAL?

Cerita ini bukan suatu isu baru, sebenarnya isu lapuk. Dahulu, seorang pemimpin ‘utama’ UMNO dan isterinya telah didedahkan gambar mereka dalam keadaan agak mabuk dengan tin minuman keras di tangan. Apa yang berlaku? Di sebalik menjatuhkan pemimpin sebegini yang tidak mengamalkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan mereka, pemimpin ini sebaliknya beliau diangkat menjadi salah satu PEMIMPIN UTAMA Negara ini. Hebat bukan? Beginilah kehebatan kepimpinan UMNO.

Hikayat terbaru, ada pemimpin UMNO yang menyimpan STOK minuman keras di pejabatnya, tidak cukup dengan itu dalam satu majlis sambutan ulangtahun perkahwinan salah seorang pemimpin muda UMNO, dihidangkan deretan minuman arak yang berjenama mahal untuk disajikan kepada hadirin. Molekkah itu? Persoalan ini saya serahkan kepada anda yang membaca untuk menilainya.

Apakah mereka alpa atau sengaja mengalpakan bahawa tugas mereka sebenarnya menjaga kepentingan rakyat yang mengundi mereka dan bukannya menjaga mesin-mesin slot judi sampaikan kerana terlalu sayangkan mesin slot judi ini sehinggakan mereka tertidur di pusat perjudian tersebut?

Tertawa seketika melihat ‘sesetengah’ ahli-ahli Parlimen UMNO yang terlompat-lompat macam cacing kepanasan bila mendengarkan ‘cerita’ dari ahli Parlimen Machang itu. Kenapa agaknya? Sudah tentunya, ‘siapa makan cili, dia terasa pedasnya?’

Perlu diingatkan kepada YB-YB UMNO, bukan semua sahabat handai dan saudara-mara kita taksub kepada anda kerana perkara-perkara mungkar yang terdedah ini TIADA mustahilnya datang dari sahabat-handai atau saudara-mara anda sendiri. Maka beringatlah.

Satu lagi budaya UMNO yang kian hangat diperkatakan di kampung-kampung, kononnya tidak sah menjadi ahli UMNO kalau ahli itu lupa mengamalkan budaya 'cium tangan'.

Kalau ada ahli UMNO yang 'mencium tangan' para pemimpin UMNO, dia dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti. Cium tangan itu juga dianggap oleh setengah ahli UMNO sebagai pelincir permohonan projek!.

Petikan sabahkini.net

Tiada ulasan: