HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 April 2010

UMNO boleh guna masjid pilih pemimpin

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib mencadangkan agar mana-mana pemimpin politik termasuk UMNO menggunakan masjid sebagai tempat menyampaikan dasar mereka kepada rakyat.

Katanya, UMNO juga boleh menjadikan masjid sebagai kempen pemilihan pemimpin kerana institusi tersebut mempunyai pelbagai fungsi sebagaimana zaman Rasulullah SAW dan empat khalifah agung Islam.

“UMNO pun tidak salah jika mahu gunakan masjid untuk membincangkan perkara berkaitan agama dan hal ehwal politik. Mereka juga boleh memilih pemimpin dan berkempen dalam masjid,” katanya kepada: Sinar Harian: ketika dihubungi, semalam.

Harun berkata, tidak salah pemimpin parti mahu bercakap mengenai politik di dalam masjid

“Yang penting perlu elak fitnah, serangan peribadi dan jangan mengaibkan orang. Perkara ini bukan sahaja tidak boleh dilakukan di dalam masjid, di luar pun sama.

“UMNO boleh ambil sejam dan Pas ambil sejam, UMNO boleh terang dasar dia dan kita pula terang pasal pentaddbiran kita,” katanya.

Tiada ulasan: