HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Mei 2010

1,673 projek sakit di seluruh negara

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,673 projek sakit setakat ini dikesan diseluruh negara di bawah kendalian Kementerian Kerja Raya.

Menterinya, Shaziman Abu Mansor memberi alasan bahawa projek sakit itu berpunca daripada kontraktor, kos bahan binaan, proses ambil alih tapak, perubahan skop teknikal, utiliti serta dan bencana alam.

"Projek sakit ini dikesan berpunca daripada kontraktor, kos bahan binaan, proses ambil alih tapak, perubahan skop teknikal, utiliti serta bencana alam.

“Bagi mengatasi masalah itu, kita akan meningkatkan kualiti kontraktor selain mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai pemilihan mereka pada masa depan supaya lebih berwibawa serta berkebolehan dalam mengendalikan projek bernilai tinggi," katanya selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Bunga yang sedang dalam peringkat akhir pembinaan di Jeli Kelantan, semalam.

Tiada ulasan: