KUALA LUMPUR: Seramai 32 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan undang-undang dan disiplin kerana terbabit dalam penyalahgunaan kuasa serta rasuah sejak Januari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata PDRM memandang serius masalah itu kerana ia membabitkan isu integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap imej pasukan terbabit.
Katanya, PDRM sentiasa menasihatkan anggotanya supaya menjalankan tugas mengikut lunas perundangan yang diperuntukkan untuk mengelak pandangan negatif masyarakat.
“Setiap pegawai dan anggota memikul tanggungjawab besar dan mereka harus bertindak rasional serta berlandaskan undang-undang dalam menjaga keharmonian negara,” katanya.
Sementara itu, Musa berkata, masyarakat harus memahami tugas dan tanggungjawab polis supaya tidak menimbulkan syak wasangka dan salah faham antara pihak berkuasa dan masyarakat.
“Masyarakat mesti faham apabila berhadapan dengan polis, mereka mesti mengikut arahan dan peraturan. Sebagai contoh apabila mereka melarikan diri daripada sekatan jalan raya, ia menimbulkan syak wasangka.
“Polis bertindak mengikut undang-undang dalam menangani sesuatu jenayah, termasuk boleh menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada kematian sekiranya anggota polis berada dalam keadaan mempertahankan diri mereka dan orang lain,” katanya.
Beliau turut merayu kepada pihak berkepentingan seperti ahli politik supaya tidak mengambil tindakan di luar undang-undang yang boleh mengganggu tugas dan siasatan polis.
5 ulasan:
pegawai dan anggota Polis yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan undang-unad perlu dikenakan tindakan undang-undang dan disiplin. ini kerana ia membabitkan isu integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis.
pegawai dan anggota Polis yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan undang-undang perlu dikenakan tindakan undang-undang dan disiplin. ini kerana ia membabitkan isu integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis.
tindakan meamng perlu diberikan kepada anggota polis yang menyalahgunakan kuasa. sejak januari bilangn yang diambil tindakan adalah 32 orang pegawai. tindakan yang diambil ini menunjukka bahawa pihak polis amat mementingkan ketelusan dan disiplin dikalangan anggotanya dalam menjalankan tugas
Selain itu, Manual latihan Polis jg perlu dikaji & dibuat semula memandangkan byk kejadian tembak oleh polis yg didakwa tidak mengikut prosedur yg betul....
Pihak polis patut lebih berdisiplin yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat. bersikap neutral iaitu tidak menyebelahi mana2 pihak. diharapkan insiden2 sebelum ini akan dijadikan pengajaran dan mengambil langkah2 memperbaiki kelemahan, disiplin dan prestasi.
Catat Ulasan