| BERJUANG.... Arasad (kiri), Basalie dan Ramli yang tidak jemu-jemu memperjuangkan hak mereka yang tergadai dan dinafikan pemimpin di Semporna. Oleh: ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH Pada 19 Januari 1966, Kerajaan Sabah mengeluarkan satu kelulusan kepada Pegagau Anak Negeri (PAN) dan Syarikat Kerjasama Perkebunan Anak Negeri Berhad (SKPANB) sebidang Tanah dengan pemilikan Status Anak Negeri atau NT (Native Title) kepada Keluarga Arasad Bin Kibtiani @ Imam Lauhari dengan Rujukan Bil: MNR 119/3/4/106. Setelah 44 tahun berlalu, para waris masih memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan hak tanah berkenaan. Dalam satu pertemuan petang tadi, saya dan tiga orang wakil waris berkenaan melahirkan rasa kesal terhadap tindakan dan prosedur jabatan tanah Negeri Sabah yang tidak habis-habis mengelirukan hak rakyat terhadap dilema yang timbul khasnya ‘Hak Tanah Adat.’ Di antaranya, Arasad Kibtiani @ Imam Lauhari, Ramli Hj Saraman dan Datuk Basalie Abdul Hamid (Mantan Adun). Saya difahamkan kes ini telah dibawa ke Mahkamah untuk penyelesaian dan menunggu keputusan Pembicaraan Muktamad terhadap HAK TANAH ADAT yang telah diselewengkan itu dari pihak Mahkamah walaupun mereka telah dimaklumkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Intipati kepada persoalan ini adalah pertanggung jawaban penyelesaian oleh pihak Kerajaan khasnya Wakil Rakyat Semporna terhadap TANAH ADAT yang jatuh kepada pihak asing. Dimanakah tanggungjawab wakil-wakil rakyat dari Semporna seperti Datuk Shafie Afdal, Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramli Marhaban dan Datuk Haji Harman terhadap masalah Tanah tanah Adat yang tergadai di Semporna ini?. Mantan Wakil Rakyat DUN Bugay, Basalie yang juga salah seorang waris PAN berjanji akan terus berjuang untuk Rakyat Sabah mempertahankan Hak Peribumi Negeri ini dengan pengalaman yang ada sebagai seorang Peguam dan penasihat kepada Waris PAN di Semporna. Mengikut laporan yang diterima, ada di antara Wakil Rakyat ini yang tidak pernah hadir Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (L.U.C) dan membiarkan kepada pihak Jabatan Tanah sendiri untuk membuat keputusan terhadap hak rakyat di kawasan berkenaan. Budaya dan ‘trend’ mereka yang suka memberikan gula-gula dan membiarkan masalah rakyat menjadi masalah sendiri amat dikesali oleh masyarakat daerah ini khasnya para Waris PAN yang telah menduduki tanah berkenaan sejak kita mencapai kemerdekaan. Tun Sakaran Dandai yang pernah menjadi Wakil Rakyat Semporna sejak 1967-1995 dan disambung oleh anaknya hingga hari ini 2010, amat memahami Permasalahan ini dan tahu sangat apa yang berlaku terhadap tanah adat ini. Selaku Anak Semporna, saya amat terkilan dan tertanya-tanya, apakah yang mereka selesaikan selamat 44 tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan berkenaan? Mengapakah wakil-wakil rakyat ini yang pernah menjadi TYT, Ketua Menteri, Menteri Tanah & Koperasi dan macam-macam jawatan dalam kabinet tidak mampu untuk menyelasaikan masalah rakyat di kawasan yang mereka wakili?. Pada masa yang sama wakil-wakil rakyat ini berjaya selesaikan isu pemilikan tanah Bukan Bumiputera di kawasan berkenaan seperti Tanah milik Dolton Sdn.Bhd (Bukan Bumiputera), Tanah Milik Pulau Bajau (Bukan Bumiputera), Isu Tanah PJ Nagus (Bukan Bumiputera) dan lain-lain yang tiada kepentingan Bumiputera atau Tanah Adat. Disamping itu mereka juga berjaya menyelesaikan tanah-tanah milik kepentingan peribadi masing-masing yang mempunyai masalah yang sama dengan bumiputera yang lain. Sebagai contoh, Syarikat Kerjasama Perkebunan Anak Negeri Berhad (SKPANB) yang mendapat kelulusan pada tarikh dan masa yang sama 1966 itu tidak mempunyai masalah di mana kawasan tanah ini termasuklah Tanah LADANG SABDI yang menjadi ‘Hak Mutlak’ keluarga Tun Sakaran dan Datuk Nasir di daerah Semporna dan Tanah Adat LADANG LAPA yang menjadi milik keluarga Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal. Adakah kepimpinan mereka di daerah Semporna ini hanya tahu menyelesaikan masalah ‘Tanah Adat’ yang mereka sendiri ada kepentingan dan tidak tahu menyelasaikan masalah Tanah Adat yang mereka tidak mempunyai kepentingan?. Apakah Wakil Wakil Rakyat dari Semporna ini hanya tahu berkerja untuk diri sendiri?. Dalam kes Tanah Adat Pegagau Anak Negeri (PAN) yang dipohon oleh Tuan Haji Saraman bin Lauhari bersama Tuan Haji Geddek dan Ismail pada tahun 1966 dan dimiliki oleh Keluarga Arasad bin Kiblani dan peserta amat dikesali kerana berlakunya kes seperti ini. Waris tuan Haji Saraman Bin Lauhari yang menjadi ketua kumpulan mesyarakat pada masa itu berjanji akan terus memperjuangkan hak waris keturunannya dan tidak rela ‘Hak Anak Negeri’ jatuh ke tangan orang lain. Pada 23 Januari 2002, satu Kumpulan Syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Perkembangan Pegagau (SKPP), PT N0. 9212004419 telah memohon tanah yang sama yang telah diluluskan kepada pekebun pekebun kecil PAN pada 1966 dan seterusnya mengadakan kerjasama dengan satu syarikat lain iaitu Pelenting Jernih Sdn Bhd atau PJ Nagus sebaik sahaja memperolehi Geran C.L nya pada 2006 untuk memajukan tanah berkenaan. Persoalannya siapa di belakang Pelenting Jernih atau PJ Nagus pada hari ini yang telah membiarkan Pekebun-Pekebun Kecil dibiarkan kehilangan ‘Hak Tanah Adat’ yang memaksa mereka miliki sejak 1966 itu? Mengapa mereka kehilangan hak dan status tanah berkenaan dan seterusnya dihalau dari tanah yang mereka miliki sekian lama. Siapakah Wakil rakyat dan Ketua Menteri yang berkuasa antara 2002-2006? Tarikh ini lah menjadi menjadi tarikh yang amat penting untuk kita melihat siapa dalang terhadap permasalahan Hak Tanah Bumiputera jatuh ketangan BUKAN BUMIPUTERA?. Mengapapakah? Tanah Adat Hak Anak Negeri ini boleh bertukar STATUS kepada Tanah C.L atau Tanah Perdagangan pada 2006?. Hinggakan Wakil rakyat berkenaan gagal untuk menjaga kepentingan Tanah Bumiputera atau Tanah Adat bertukar Status?. Peranan Wakil rakyat adalah amat penting untuk hadir dalam setiap mesyuarat L.U.C yang diadakan 4 kali setahun supaya Hak Rakyat, Hak Bumiputera dan Hak Anak Negeti tidak tergadai dan menjadi bahan dagangan bangsa lain atau mereka yang rakus dan berkepentingan. Kerajaan Perikatan USNO yang berkuasa 1967-1976, Kerajaan Berjaya 1976-1985, Kerajaan PBS 1985-1994 tidak tergamak untuk menidakkan Hak Tanah Adat ini? Namun tanah adat yang dimiliki sejak 1966 itu telah bertukar status pada tahun 1996 di bawah kerajaan yang ada 2 tahun selepas dia memerintah Negeri Sabah, itulah yang diluahkan oleh Waris PAN, Arasad Bin Kibtiani semasa mengadakan perjumpaan dengan pihak saya. Jesteru itu kami, anak-anak dari Daerah Semporna mengingatkan Wakil Rakyat Daerah Semporna, supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap masalah rakyat di kaawasan itu, jangan hanya tahu memberi gula-gula dan menjaga kepentingan diri sendiri tanpa melihat masalah rakyat. Selamat Memimpin Rakyat Wahai Wakil Rakyat Semporna sebelum ditolak rakyat!. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 10 Mei 2010
44 TAHUN PERJUANGKAN TANAH ADAT KERANA WAKIL RAKYAT YANG DIPILIH LANGSUNG TIDAK BERADAT?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan