Oleh Sidiqin Omar
MUAR - Sebagai usaha memperkukuhkan organisasi parti serta memantapkan jentera Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Muar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, Angkatan Muda KEADILAN Muar mengambil langkah awal dengan melancarkan program jejak jentera.
Antara aktiviti program ini termasuk mengedarkan risalah yang memuatkan berita dan isu semasa bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.
Ia diketuai oleh Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf serta dibantu oleh Timbalan Ketua AMK Muar, Azmeer Noraship dan Naib Ketua, Lokman Baki.
Kawasan yang menjadi tumpuan program ini merangkumi kawasan sekitar bandar Muar seperti Tanjung Agas dan Sungai Abong.
Selain itu AMK Muar juga mengadakan siri menziarah anggota lama disamping giat mengadakan kempen bagi mendapatkan ahli baru.
Program penerangan bulan juga diadakan bagi mendekati penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai terutamanya golongan muda untuk memahami visi dan perjuangan KEADILAN.
"Sebagai kelompok yang penting dalam masyarakat, generasi muda harus memainkan peranan yang penting bagi menyuarakan permasalahan rakyat dan membantu mereka dengan saranan dan tindakan yang tepat.
"Beberapa program susulan akan diadakan seperti sesi 'retreat' bersama pimpinan AMK negeri dan pusat, latihan kepimpinan dan kursus pemantapan ideologi," kata Ahmad.
AMK Muar juga akan berbincang bersama Dewan Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP Muar untuk menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Muar sebagai langkah koordinasi dan strategi bagi menghadapi PRU ke-13 kelak.
Ahmad menjelaskan AMK serta pimpinan peringkat cabang berusaha menyelesaikan isu rakyat yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.
Antaranya membantu penduduk kampung di Semerah, Jalan Batu Pahat yang menghadapi masalah kerosakan pada kediaman dan premis perniagaan penduduk akibat kerja membaiki jambatan dan menyebabkan .
Projek yang terbengkalai hampir 10 tahun itu menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran udara yang teruk di Pekan Semerah
Ahmad menyeru golongan muda untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja masyarakat dengan menyertai AMK.
Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 017-684-9693 atau layari laman sesawang www.amkmuarjohor.wordpress.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan