HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mei 2010

Dasar Umno-BN Terus Menafikan Hak Rakyat

Oleh Nazar Hashim


PERMATANG PAUH - Retorik Umno dan Barisan Nasional yang keterlaluan semasa kempen pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat dan seterusnya kecundang di kubu kuat mereka sendiri.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat membawa agenda politik baru yang tidak mengamalkan dasar perkauman dan perbezaan warna kulit.

"Dasar kita adalah jelas untuk memberi pertolongan bukan atas dasar warna kulit atau keturunan. Dasar kita adalah mengutamakan golongan miskin dan tidak berkeupayaan untuk ditingkatkan mendapat kehidupan yang sejahtera.

"Pakatan Rakyat akan mengagihkan kekayaan negara berdasarkan kepada dasar afirmatif dan tidak menjadikan amalan kronisma dan korupsi seperti yang menjadi amalan kepimpinan dan pemerintahan Umno dan BN sekarang sebagai landasan perjuangan.

"Apa yang menjadi kehairanan kepada rakyat dalam isu terkini ialah Umno yang mendakwa sebagai sebuah parti yang turut memperjuangkan Islam tetapi menghalalkan perjudian apabila meluluskan lesen perjudian Piala Dunia kepada Berjaya Corporation yang diterajui oleh Vincent Tan," kata beliau semasa berucap di Dewan Haji Zabidi di Kampung Pertama, Permatang Pauh Rabu lalu.

Beliau berkata selagi Umno dan BN memimpin negara selagi itulah rakyat tidak akan mendapat kesejahteraan dalam kehidupan apabila satu demi satu dasar mereka menindas hak rakyat.

Menurut Saifuddin lagi kemenangan dalam PRK Sibu adalah satu mesej kepada Umno-BN bahawa dasar dan perjuangan mereka tidak mampu untuk meraih sokongan rakyat walaupun begitu banyak pertaruhan yang mereka lemparkan bagi menyogok dan merasuah rakyat.

Tiada ulasan: