Pastinya rata-rata kakitangan awam di Malaysia senyum simpul mendengar berita yang mana gaji kakitangan awam akan naik tidak lama lagi. Bila masanya tu, belum dipastikan lagi. Dalam keadaan taraf hidup di Malaysia yang semakin tinggi, diharapkan dengan pengumuman ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kewangan yang dipikul kakitangan awam yang bergaji rendah.
Menaikkan sejuta gaji kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata TimbalanMenteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikanrakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepadarakyat berpendapatan tinggi.
“Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahuluyang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligusmenjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.
“Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi danselesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melaluipeningkatan motivasi pekerja.
“Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketikaberucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan disini
Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada RM45,000 setahun.
Anda juga dijemput menyemak :
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan