SUARA KEADILAN
KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melancarkan kempen petisyen online mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia menggugurkan tuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang didakwa berkempen semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor.
Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata petisyen tersebut bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak UKM menggugurkan segera terhadap terhadap pelajar terbabit,
Empat pelajar terbabit ialah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai.
Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link tersebut: http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html
"Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pihak pentadbiran UKM.
"Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan KPT bagi membuktikan suara bantahan mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata Mohd Idris dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya, Gamis berharap ia merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Auku yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.
'Akta ini tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan