| Harakahdaily |
| KUALA TERENGGANU: Dua hari selepas didedahkan oleh PAS, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan program anjuran mereka "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berjalan pada 13 Mei lepas di Stadium Tertutup Kuala Terengganu. Pengumuman pembatalan program ini dibuat oleh Pengerusi Institut Intergriti Malaysia (IIM) cawangan Terengganu yang menjadi penganjur bersama program ini. Ekoran itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyambut baik keputusan ini dan memberikan peringatan agar program sebegini jangan lagi diulangi. Banner-banner yang dinaikkan untuk program juga telah diturunkan dan digantikan dengan banner lain. Pada 11 Mei, PAS melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengadakan sidang media khas bagi membantah cadangan perhimpunan yang sangat sensitif ini. Ekoran tu, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek turut mengadakan sidang media membantah program ini dan mendesak rakan-rakannya dalam BN agar jangan terlibat dengan program ini. MIC melalui Setiausaha Agungnya juga membantah program yang akan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad ini. Ekoran itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid menyelar PAS kerana cuba mengaitkan Gertak dengan Umno. Pengerusi Gertak, Razali Idris adalah Naib Ketua Umno Bahagian Marang. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau telah bertanding atas tiket BN melawan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dun Rhu Rendang. Di Kuala Lumpur, Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu. Ini kerana, IIM Cawangan Terengganu adalah penganjur bersama program ini di samping Gertak. "Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini. Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 12 Mei 2010
Gertak tangguh program 'perkauman' selepas dibantah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan