HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Mei 2010

Ghairah kritik BN: LDP ditegur

BERNAMA



Pergerakan Pemuda Umno Sabah hari ini menegur Parti Liberal Demokratik (LDP) kerana membuat kenyataan yang dilihat lebih ghairah mengkritik Barisan Nasional (BN) serta boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketuanya, Azman Haji Ruslan, berkata sebagai anggota BN, LDP sepatutnya memberi contoh yang baik mengenai usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan bukan disebaliknya.

“Pemuda Umno Sabah memandang berat perkara ini kerana kita tidak mahu wujud satu persepsi seolah-olah rakyat Malaysia di Sabah tidak pandai menghargai jasa serta usaha-usaha yang dilakukan kerajaan BN untuk membangunkan negeri itu, " katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Azman berkata pemuda Umno tidak berniat mahu menghalang LDP daripada mengeluarkan pandangan, tetapi sebagai rakan dan anggota BN, parti itu seharusnya bersikap jujur dan adil.

“Jangan anggap rakyat Malaysia di Sabah tidak bijak menilai sumbangan kerajaan Pusat kepada rakyat dan negeri ini, terutama dari segi pembangunan sosioekonomi,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Pin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar tidak melayan Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetapnya dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Ungkapan 'simpanan tetap' merujuk kepada sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan BN yang berterusan, khususnya sumbangan signifikan kedua-dua negeri itu dalam mengekalkan penguasaan kerusi BN di Parlimen.

Katanya, kenyataan timbalan presiden LDP itu juga seolah-olah mahu memperkecilkan kewarasan penduduk Sabah untuk menyokong dan mempertahankan kerajaan BN, yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Azman, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau, berkata kerajaan BN negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sangat prihatin dengan masalah dan keperluan rakyat Sabah dan berjaya mengemudi BN Sabah meraih kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum yang lalu, selain meletakkan kedudukan pembangunan di negeri ini di tahap yang lebih tinggi.


10 ulasan:

karaabau berkata...

tidak salah menyatakan kritikan asalkan kritikan tersebut adalah kritikan yang membina untuk menjadi yang lebih baik namun haruslah ikhlas dan ikut prosedur yang ditetapkan agar tidak menimbulkan salah faham...

somboi berkata...

kritikan yang diberikan Datuk Chin Shu Pin adalah untuk BN memperbaiki kelemahannya.. sabah amat memerlukan pembagnuna ndaripada kejaaan, 0leh itu, kerjaaan kena mengutamakan hal-hal rakyat.. kritikan ini haruslah diterima secara positif.

hulubalang berkata...

Berbanding dahulu, Sabah kini sudah banyak membangun dan ramai penyokong BN di negeri ini tidak bermakna Sabah ada deposit kepada kemenangan BN. Sebenarnya banyak pembangunan sudah terbina sejak BN bertapak dan UMS, UiTM, POIC, Sandakan Hub Education dsb adalah antara yang sudah / sedang terbina. Itu sebabnya masyarakat Sabah tahu membezakan apa yang betul dan salah...siapa patut diundi siapa patut ditolak. Masyarakat Sabah berhak memilih dan pilihan mereka selalunya bijak dan tepat

hulubalang berkata...

Kritikan membina harus diterima dengan hati terbuka dan janganlah disimpan di dalam hati

Tanpa Nama berkata...

Patut2 juga ba ditegur kalau terlebih sudah. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu karaabau.. Sudah dewasa kan, so matang sikitlah time buat kritikan tu..

Tanpa Nama berkata...

Kadang2, bila kritikan dibalas dgn teguran tak bermakna yg menegur tu tak mahu terima kritikan..
Bagi saya BN cuma mahu pengkritik tu faham yg sememangnya BN telah berusaha yg terbaik utk rakyat. kalau tak ditegur, takut pula kritikan tu diputar belit sehingga mengelirukan rakyat. hehheee

Tanpa Nama berkata...

kritikan sangat berkesan dalam meningkatkan kesedaran. namun kritikan perlulah sesuai dengan situasi sebenar, jujur dan membina tanpa bertujuan mempengaruhi persepsi orang lain untuk sama2 menuding kesalahan kepada pihak lain..

Tanpa Nama berkata...

ketika BN masih dihantui kekalahan di sibu, sepatutnya LDP sebagai parti komponen BN memberi sokongan padu kepada BN agar terus bersemangat memperjuangkan nasib rakyat.

karaabau berkata...

LDP sedar bahawa jika kerajaan kurang sensitif terhadap permasalahan rakyat, tidak proaktif dan tidak tegas dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat, maka rakyat akan berubah arah seperti apa yang berlaku di PRK Sibu...kritikan ini adalah untuk menyedarkan para pemimpin kerajaan yang masih 'tidur' agar tidak terlalu yakin mendapat sokongan rakyat pada PRU13 nanti..permasalahan yang dihadapi rakyat yang kini menjadi keluan dan kehampaan harus segera ditangani agar BN terus menjadi pilihan NO1 rakyat pada pilihan raya akan datang...