HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Mei 2010

Jangan terpedaya skim pelaburan: Zahari

KENINGAU: Jangan terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi tidak mempunyai perjanjian yang kukuh.

Demikian peringatan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed , kepada orang masyarakat di daerah ini.

Katanya, terdapat banyak skim pelaburan yang wujud sama ada melalui internet dan juga melalui sistem rakan kongsi perniagaan malah me- lalui pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh individu dan syarikat.

Sejak kebelakangan ini katanya, terdapat individu yang merasa tertipu dan membuat laporan kepada polis.

“Tetapi pihak polis tidak dapat mengambil tindakan dan menjalankan penyiasatan kerana tidak ada bukti yang kukuh malah penganjurnya tidak dapat dikesan,” katanya kepada media di sini pada Jumaat.

Justeru itu, katanya, mayarakat di daerah ini harus berwaspada dan berhati-hati apabila dipelawa oleh mana-mana individu dan syarikat untuk melabur dalam apa juga bentuk skim pelaburan.

“Jika anda banyak wang, melaburlah di institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan,” tegasnya.

Beliau berkata, pelbagai taktik digunakan oleh penganjur-penganjur skim pelaburan untuk meyakinkan kepada golongan sasar mereka.

Malah katanya, terdapat pihak yang menggunakan orang-orang yang berpengaruh untuk memberi keyakinan kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama Ketua Polis Daerah menasihatkan masyarakat di daerah ini agar jangan sekali-kali memberi user name (nama pengguna) dan password (kata laluan) serta nombor akaun mereka jika diminta oleh mana-mana pihak dalam internet.

“Awasi permintaan ini dan jangan terperangkap sehingga memberikan user name dan password serta nombor akaun bank,” katanya.

Tiada ulasan: