HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Mei 2010

Judi: Ekonomi negara amat terdesak?

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat seolah-olah terlalu terdesak dalam masalah ekonomi sehingga terpaksa berharap kepada perjudian sebagai sumber ekonomi negara, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yussoff.

Sehubungan itu, tegasnya, Gamis mendesak kerajaan menarik balik lesen pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula bulan hadapan.

Beliau juga berharap agar Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam untuk campur tangan dalam tindakan tidak bertanggungjawab itu yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.

"Dalam perbincangan tidak rasmi bersama Presiden Karisma, Abdullah Omar, kita merancang untuk mengajak rakan-rakan gerakan mahasiswa Islam dan front-front mahasiswa lain untuk bersama dalam bantahan ini.

“Kemungkinan kita akan membuat kutipan tandatangan mahasiswa bersama dengan memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan isi hati mahasiswa yang cukup kecewa dengan keputusan kerajaan ini," katanya lagi.

Gamis juga, katanya menyeru para agamawan, mufti-mufti, rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan termasuk di kalangan mereka bukan Islam yang cintakan kesejahteraan negara untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Bagi mahasiswa Islam, tegasnya membantah pemberian lesen pertaruhan judi itu kepada Kumpulan Berjaya Corporation kerana judi secara jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

"Dalam perkara yang sudah qat'ie (diputuskan) haram tanpa khilaf (perbezaan pandangan ulama) ini, tidak perlu lagi melihat kepada maslahah (kebaikan) yang cuba direka-reka untuk menghalalkannya,” ujarnya.

Menurutnya, hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada merebak tidak boleh diterima akal yang waras.

“Takkan kalau selepas ini kerajaan hendak mengelakkan pelacuran haram secara berleluasa, kerajaan wujudkan pula tempat pelacuran 'halal'?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, Gamis berpendirian, pertaruhan itu bukan sahaja dibantah oleh mereka yang beragama Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam yang bimbang akan menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin parah.

Menurutnya lagi, dalam demonstrasi aman di Masjid Kampung Baru pada minggu lepas misalnya, terdapat wakil bukan beragama Islam yang berucap untuk menyampaikan bantahan walaupun demonstrasi Jumaat lalu dihalang oleh pihak polis.

Sebelum ini, katanya kajian pernah dibuat berkaitan masalah 'ah long' di mana hasil kajian membuktikan, kebanyakan mereka yang terlibat meminjam wang daripada 'ah long' adalah kaki judi.

“Gamis memandang, pemberian lesen pertaruhan ini akan menambahkan lagi penyakit sosial di kalangan masyarakat Malaysia,’ ujarnya lagi.

Tambahnya, Gamis juga memandang, tindakan itu akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia terutamanya negara-negara Islam.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan agama, parti-parti politik serta orang perseorangan membantah selepas Menteri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula pada 11 Jun ini.

11 ulasan:

somboi berkata...

pemberian lesen ini adalah untuk mengelakkan berlaku judi haram, namun, kit harus sedar bahawa kegian judi adalah perkara yang tidak baik. oleh itu. pemberia nlesen judi ini walaupun dapat mengelakkan berlalu judi haram namun ia secara langsung menggalakkan kegiatan judi di negara kita.. kerajaan kena mengkaji semula keputusan ini, jangan smpai nasi dah menjadi bubur.

Tanpa Nama berkata...

rakyat hanya berhak bersuara dan melontarkan pendapat.. tapi sekiranya benar majoriti adalah menentang usul ini, kerajaan patut mempertimbangkannya semula. sebagai sebuah negara demokrasi, perlu ada persetujuan majoriti rakyat sebelum sesuatu cadangan diluluskan. tetapi rakyat juga perlu bersifat neutral bukan dipengaruhi oleh mana2 pihak semasa membuat keputusan.

hulubalang berkata...

Sebenarnya judi melekakan dan demam piala dunia selalunya membuat seseorang bertaruh dengan banyak dan ramai yang saya tahu berhutang sana sini kerana nak bertaruh. Dari apa yang saya lihat di Sabah sendiri, memang berhutang dengan ah long adalah salah satu sumber bagi para penjudi bola untuk mendapat wang dengan cepat. Judi bola ini tidak mengira agama dan bangsa. Bagi saya ia tidak ada kaitan dengan ekonomi negara yang terdesak tetapi perkara ini ada kaitan dengan usaha untuk melindungi rakyat daripada terus terjebak dan hanyut dengan hutan keliling pinggang.

hulubalang berkata...

Walau judi adalah haram bagi rakyat beragama islam tetapi sebenarnya ia dianggap suatu hiburan bagi sesetengah pihak. Cuma yang menjadi isu disini ialah ramai yang sudah terjebak dan sanggup bertaruh banyak walaupun mereka yang suka bertaruh ini tidak berpendapatan tetap. Ada juga yang saya tahu, seorang petani tetapi sanggup menggunakan semua hasil tani demi untuk berjudi bola...dan sebenarnya ada rasional di sebalik penarikan lesen bola ini.

Tanpa Nama berkata...

sekiranya kerajaan masih beriya2 meluluskan lesen ini,, perlu ada satu kenyataan lengkap yang menjelaskan rasionalnya pemberian lesen ini dan bagaimana lesen ini mampu mengawal aktiviti judi..

Tanpa Nama berkata...

sekiranya rakyat dan pihak2 yang berkenaan tegas membanteras judi atas dasar undang2, agama dan gejala sosial,, eloklah ianya dilakukan secara menyeluruh dan kuatkuasakan setiap negeri pengharaman semua aktiviti judi yang sebelum ini beroperasi dengan lesen yang sah.

Tanpa Nama berkata...

sah atau haram, kalau dah namanya judi, JUDI la bah.. hehehhee

Tanpa Nama berkata...

Betul juga lah somboi...
Apapun saya harap, kerajaan membuat keputusan yg terbaik utk semua pihak, dan jgn sampai tumbul masalah di kemudian hari.

Tanpa Nama berkata...

Betul 2718... Kalau hal ni mendapat tentangan 2.8/3, hehhehehee - ba kajilah balik :)
Tapi sebagai masyarakat yg matang dan bijak membuat penilaian, kita mmg patut bersifat neutral & tak mudah melatah dalam hal ni.

Tanpa Nama berkata...

Ya Neorina.. Tapi bila difikirkan semula judi ni bergantung pada sikap individu tu sendiri ba..
Tapi ada individu lain pula yg cuba politikkan hal ni.. hhmmmm, harap2 hal ni akan reda semula.

Tanpa Nama berkata...

Setiap hal/keputusan pasti ada pros & cons ba.. Cuma kalau pros lebih banyak, then y not kan. hehhee
Tapi kalau mo haramkan juga, bah kasi haramlah betul2 (huhu, mesti sedih nda dapat beli numbur lagi) :(