Masyarakat Malaysia UAE Lancar Kempen Bantah Secara Online
Masyarakat Malaysia di luar negara turut membantah tindakan kerajaan Malaysia meluluskan lessen judi bolasepak piala dunia, antaranya Masyarakat Malaysia di United Arab Emirate, yang berpusat di Dubai.
Dalam satu kenyataan yang dipaparkan melalui lama rasminya MyUAE Times komuniti tersebut menzahirkan rasa dukacita mereka tentang Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan mengenai kelulusan lesen judi permainan sempena Piala Dunia 2010.
Berikut adalah kenyataan penuh Masyarakat Malaysia di UAE;
Dalam keadaan masyarakat berbilang bangsa dan agama mengiktiraf judi (adalah) sebagai salah satu aktiviti yang merosakkan keharmonian institusi keluarga,
Tindakan kerajaan meluluskan lesen berkenaan seolah-olah mengambil langkah kebelakang.
Tindakan mengejut ini memdapat bantahan banyak pihak.
Masyarakat Malaysia prihatin d UAE dan beberapa negara rantau Teluk mengambil inisiatif untuk menzahirkan pendirian mereka - meminta kerajaan membatalkan kelulusan judi permainan - melalui petisyen online.
Mesej petisyen:
To: Malaysian Government
We, Malaysian citizens in the Gulf states protest and condemn the Malaysian government's decision to approve the Sports Gambling license.
Revenue from taxes on gambling activities should never be the simple way out for the Government to shore up its income.
Gambling is detrimental to our society and family institution and never will be part of Malaysian way of life.
We ask the Malaysian government to immediately revoke the approval and apologize to Malaysians for its insensitive blunder.
Ianya boleh d capai d sini atau sini untuk d beri sokongan menyatakan pendirian menolak langkah kerajaan meluluskan lesen judi d atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan