HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Mei 2010

Kerajaan Tidak Wajar Timbang Beri Lesen Judi Piala Dunia


SUARA KEADILAN'


SHAH ALAM - Kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak wajar jadikan sektor perjudian sebagai salah satu penyumbang pendapatan kepada ekonomi negara.

Mengulas tindakan kerajaan untuk mempertimbangkan lesen judi Piala Dunia, Timbalan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Fariz Musa berpendapat tindakan kerajaan itu sebenarnya akan meningkat lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat.

"Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tetap akan meneruskan dengan agenda untuk meluluskan lesen perjudian yang sebelum ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

"Amat jelas sama sekali, orang Islam dan bukan Islam menolak segala bentuk judi kerana amalan tersebut merosakkan akhlak dan tidak bermoral.

"Kerajaan Umno-BN nampaknya ingin menjadikan judi sebagai salah satu sektor yang memberikan pendapatan kepada ekonomi negara," jelas Fariz kepada Suara Keadilan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, yang ditemui media di lobi parlimen hari ini dipetik sebagai berkata kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir.

Pada masa yang sama, Awang Adek juga berpendapat jika lesen judi tersebut dikeluarkan, kerajaan kononnya akan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Tiada ulasan: