| |
| MUSA Hassan berjabat tangan dengan anggota Jabatan Kastam sambil diiringi Ibrahim Jaapar (kiri) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA |
PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan enggan mengulas mengenai desakan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah agar beliau meminta maaf atas kematian remaja itu akibat ditembak anggota polis di Shah Alam pada 26 April lalu.
Menurut beliau, sebarang ulasan mengenai desakan permohonan maaf itu akan memberi implikasi perundangan.
"Saya tidak akan menjawab perkara itu. Ini kerana melakukannya (membuat ulasan) memberi kesan dari segi undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Ibrahim Jaapar selepas mesyuarat kedua peringkat tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan PDRM di sini hari ini.
Bapa saudara remaja tersebut, Kamaruddin Hassan, 45, yang mewakili keluarga arwah mahu Musa dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon maaf berikutan dakwaan melabelkan Aminulrasyid sebagai penjenayah.
Permintaan itu dibuat setelah seorang anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan