KUALA LUMPUR : PAS kawasan Tawau mendesak kerajaan menarik balik kelulusan permit Konsert 1 Inul yang dijadualkan berlangsung berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan mengharamkannya terus dari datang ke Malaysia.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Nazrey Mokhtar, rakyat seluruh negeri Sabah mahu mendengar pendirian Umno negeri atau sekurang-kurangnya Pemuda Umno Kalabakan berhubung isu sama yang sehingga kini masih membisu.
“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Sabah khususnya Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.
“Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan yang akan berlaku akibat konsert itu terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata,” katanya lagi seperti dipetik media.
Sebelum ini, Pergerakan Wanita Umno Kalabakan telah berani menyatakan pendirian menentang tindakan kerajaan meluluskan permit Konsert 1 Inul.
Namun bagi Nazrey, pendirian Wanita Umno Kalabakan yang disuarakan oleh Hamisa Samat itu perlulah ikhlas dan konsisten dalam apa jua isu yang dianggap serupa.
“Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian tersebut. Pastinya seluruh rakyat Sabah amnya dan Tawau khususnya berharap Wanita Umno Kalabakan konsisten dengan penentangan itu,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan