KUALA LUMPUR — Jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta kekebalan anggota Dewan Rakyat dikaji semula, PAS pula berpendapat ia wajar dimansuhkan dengan syarat beberapa akta lain turut digugurkan.
“Saya setuju kekebalan Ahli Parlimen ketika berbahas di Parlimen dibatalkan tetapi dengan syarat beberapa akta turut perlu dimansuhkan.
“Kekebalan yang diberikan kepada Ahli Parlimen perlu supaya mereka dapat menyuarakan pandangan dengan bebas.
“Tidak perlu ada kekebalan (dalam Parlimen)... kalau tidak ada akta draconian,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini yang menggesa beberapa akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi dimansuhkan.
Semalam Ibrahim mendakwa yang menjadi mangsa tuduhan palsu di Dewan Rakyat baru-baru ini mahu Parlimen mengkaji semula imuniti yang dinikmati wakil rakyat sekarang.
Beliau mencadangkan supaya kekebalan Ahli Parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata, sudah tiba masanya Parlimen mengkaji tahap kekebalan bagi memastikan mereka tidak membuat tuduhan-tuduhan secara sembarangan atas nama Ahli Parlimen.
Beliau membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail Mac lalu bahawa beliau memiliki saham dalam syarikat judi Ascot Sports.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun dilindungi kekebalan di Parlimen, kesemua 23 wakil rakyat parti itu tidak pernah menyalahgunakannya.
“Kita tidak pernah menyalahgunakan kekebalan yang diberikan sebagai ahli Parlimen kerana kita bukan begitu.
“Ini kerana apa yang kita bahaskan di Parlimen kita berani ulang di luar Parlimen,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan