| Ali Hashim |
| GEORGETOWN: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Senator Mohamed Ezam Mohd Nor dibidas kerana didakwa mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan reputasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Menurut Mohd Yusof, kritikan yang dilemparkan oleh Zahrain dan Ezam itu seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri apabila membuat kenyataan menerusi media massa berhubung perkara itu. "Apakah mereka ini mempunyai agenda yang tertentu. Tindakan mereka berdua ini memberi pandangan negatif masyarakat umum terhadap Pos Malaysia Berhad yang mengalami kerugian setelah ianya dipertikaikan melalui media massa, secara tidak langsung ianya menjejaskan kredibiliti Tan Sri Nor Mohamed,” katanya. Tambahnya, walaupun mereka berdua melahirkan pandangan peribadi, namun begitu ia tidak sepatutnya disalurkan melalui media massa. Katanya, kritikan itu juga menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri dan tidak langsung membantu bagi memulihkan kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad. Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas kritikan Zahrain dan Ezam melalui media massa mengenai kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 12 Mei 2010
Pemenang selar Zahrain, Ezam cuba jatuhkan menteri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan