HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mei 2010

Pengurus kilang didakwa sogok kakitangan TNB untuk tutup kes curi elektrik

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Seorang pengurus kilang hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memberi rasuah RM5,000 kepada seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup kes kilangnya yang mencuri arus elektrik tahun lepas.

Ng Kok Kwan, 26, didakwa memberi suapan wang tunai itu kepada eksekutif keselamatan TNB S.Alagoo di Restoran Pelita di Seksyen 9 di sini pada 4.30 petang 30 April tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Ng boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan Ng melantik peguam. Beliau membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, dua peniaga besi buruk mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka kerana memiliki 22 batang kabel yang dibeli secara haram tiga tahun lepas.

G.Sula Sivabalan, 39, dan V.Selvam, 38, didakwa memberi rasuah kepada pengurus kanan Unit Siasatan & Risikan TNB, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin di Restoran Sri Melor, Seksyen 15 di sini, antara 9 dan 10 malam pada 8 Mei 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 11 (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 8 Nov dan membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,000.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ng Siew Wee manakala Sula Sivabalan dan Selvam diwakili peguam R.Ratha Krishnan.-Bernama

9 ulasan:

tombolo berkata...

rasuah adaalh perbuatan yang tidak jujur dan amanah.. mereka yang terlibat haruslah diberikan hukuman yang setimpal... TNB telah banyak mengalami kerugian akibat perbuatan rasuah ini..

POP berkata...

Rasuah. Rasuah. Rasuah. Memang tak percaya mereka sanggup membuat begitu. Rugilah kerajaan kita, janganlah membiarkan perkara ini berlaku lagi, nanti susahlah jadi manusia...

Tanpa Nama berkata...

gejalah rasuah tidak pernah selesai dari dulu hingga sekarang, mereka seharusnya sedar wang daripada hasil rasuah adalah haram.. kegiatan rasuah telah banyak menyusahkan rakyat..

somboi berkata...

jangan memberi kompromi kepada mereka yang terlibat dalam rasuah ini. rasuah boleh memmusnahkan sesebuah negara jiak ia terus dibiarkan berleluasa.

langsat berkata...

Rasuah memang tidak akan hilang sekiranya kedua2 pihak bersetuju untuk melakukan kegiatan tersebut. Bagaimanapun tindakan ini telah memberi pengajaran kepada mereka yang suka memberi rasuah semata2 untuk menutup kes yang ingin dibicarakan. kakitangan tenaga nasional tersebut ini juga harus diberi anugerah kerana melaporkan kepada pihak berkuasa. Duit bukanlah segala-galanya.

Boten_Trish berkata...

Rasuah semakin menular. Apa suda mo jadi dengan orang2 kita ini. Pengurus kilang yang memberi rasuah ini perlu dihukum.

Tanpa Nama berkata...

Rasuah, rasuah.. bila lah perkataan ni hilang dari kamus kehidupan manusia oo...

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dgn pandangan kamurang... Jom hapuskan rasuah.. Kerana rasuahlah yg menjahanamkan masa depan negara kita nanti...

Tanpa Nama berkata...

Saya benci rasuah.. Sangat benci pemberi rasuah & teramat benci dgn penerima rasuah...
harap2 hukuman akan dikenakan kpd individu yg terlibat dg rasuah s/ada secara langsung ataupun tak langsung.