HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Mei 2010

Polis tahan datuk disyaki lakukan sumbang mahram cucunya

KENINGAU: Polis menahan seorang datuk kerana disyaki mela- kukan sumbang mahram ke atas cucunya.

Suspek berusia 51 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Kampung Ranggom, Apin-Apin, dekat sini sebaik sahaja polis menerima laporan rasmi dari mangsa pada 1 Mei lalu.

Nenek kepada mangsa merupakan seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu, terkejut apabila mengetahui perbuatan sumbang suaminya ke atas cucu mereka pada 15 April tahun ini.

Ketua Polis Daerah (KPD), DSP Zahari Mohamed mengesahkan kejadian ketika dihubungi oleh New Sabah Times kelmarin.

“Polis segera menahan suspek setelah mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama,” kata Zahari.

Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Sementara mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Menjawab satu soalan, Zahari berkata polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan memastikan bila kejadian pertama berlaku dan berapa kali suspek melakukan perbuatan sumbang sehingga ditangkap.

“Polis juga akan mengambil keterangan daripada mangsa sekiranya suspek ada mengugut untuk mencederakannya sekiranya mang- sa memberitahu kejadian kepada orang lain,” tambah Zahari.

Zahari menasihatkan remaja bawah umur supaya mengelakkan suasana yang membolehkan me- reka menjadi mangsa rogol.

“Polis menerima sejumlah laporan kejadian rogol dan sumbang mahram sejak beberapa tahun lalu dan sejak awal tahun ini yang ke- banyakannya berlaku di kawasan pedalaman,” kata beliau.

Siasatan menunjukkan sebilangan suspek melakukan jenayah dalam keadaan mabuk setelah ha- bis sesi minum minuman keras.

Beliau menasihatkan mangsa supaya segara membuat laporan untuk membolehkan polis meng- ambil tindakan dan mengumpul bukti.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Datuk Ab Razak Ab Ghani telah melancarkan program High Profile Policing sempena perasmian Perayaan Pesta Menuai di Dewan Serbaguna Keningau pada 1 Mei lalu.

Razak, diringi oleh Zahari serta pegawai kanan polis daerah dan Kepayan termasuk anggota telah mengedar pelbagai risalah pencegahan jenayah termasuk risalah pencegahan kejadian rogol kepada umum yang hadir pada majlis itu.

Program itu bertujuan mendidik awam terutama sekali penduduk luar bandar cara untuk mencegah kejadian jenayah dan tindakan yang harus diambil selepas kejadian.

“Saya berharap para remaja bawah umur akan membaca dan memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka menjadi mangsa rogol dan langkah mengelakkan kejaidan rogol,” kata Zahari.

Beliau berkata satu daripada tujuan program diadakan untuk mengurangkan kejadian rogol dan sumbang mahram yang melibatkan mangsa bawah umur.

Tiada ulasan: