| Yusri Amin |
| KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan digesa mengadakan Pelan Strategik Pembangunan Belia Peringkat Nasional yang merangkumi pembentukan jati diri belia, dan pelan itu hendaklah dinyatakan secara jelas kepada seluruh negara.
“Itu antara perkara yang menjadi kebimbangan kita dan kita menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan ‘Pelan Strategik Pembangunan Belia Peringkat Nasional’ yang merangkumi pembentukan jati diri belia,” katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Kelantan (MASSAK) Peringkat Akhir 2010 di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam. Remaja yang dikehendaki, kata Fattah, ialah remaja yang mempunyai dasar pembangunan belia yang seragam yang tahu bahawa mereka rakyat Malaysia yang perlu bekerjasama, tiada perbezaan kenegerian. “Kita rakyat Malaysia yang harus menjaga keamanan dan pembangunan negara dengan mapan dan teratur. “Sebab itulah kita mengharapkan bukan saja negeri memberi tumpuan kepada persoalan belia, tetapi juga peringkat nasional, lebih-lebih lagi yang pertama sekali menghala tujukan perjalanan belia itu sendiri,” katanya. Sebagai Exco Belia, beliau sangat mengharapkan golongan belia sentiasa merasakan mereka menjadi tumpuan, sentiasa menambahbaikan diri mereka dan itu antara kekuatan yang perlu dibangunkan. Mengulas lanjut program membabitkan golongan belia, beliau menyatakan pihaknya sedang merancang program membabitkan pasukan beruniform membabitkan Briged Amal, Jabatan Unit Amal dan Briged Perdana. “Tahun ini kita masukkan di bawah Program Cakna Rakyat dengan membekalkan kepada setiap T-shirt kepada setiap Dewan Undangan Negeri bagi memilih belia terbaik untuk menyertai kegiatan pakaian seragam yang akan dilatih di setiap Dun. “Setiap Dun menghantar 100 orang belia untuk dibuat saringan dan selain dari Dun, akan diadakan pada peringkat Parlimen. “Saya yakin apabila belia mempunyai disiplin yang tinggi, mereka akan membawa kehidupan berdisiplin itu dalam kehidupan bermasyarakat. Mereka adalah generasi masa depan dan warisan harta paling mahal,” katanya. Pada majlis itu, diumumkan keputusan Pertandingan Kawad MASSAK Peringkat Akhir 2010 yang disertai sembilan pasukan termasuk juara bertahan 2009. Pasukan dari Kor Kadet Polis Maahad Rahmaniah, Kuala Krai muncul johan dengan markah 947 markah, PKBM Laut Maahad Amir Indera Petra, Bachok naib johan (892), tempat ketiga Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu (841). Sementara Sarjan Kadet Faizal Hakim Zanubari diumumkan Ketua Platun (Platun Komandan) terbaik, dari platun Maahad Rahmaniah. Hadiah disampaikan Abdul Fattah dan turut hadir ialah Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Ahmad Robert Abdul Rahim. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 11 Mei 2010
Pusat perlu adakan pelan pembangunan belia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan