HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Mei 2010

Rosmah derhaka kepada Agong – Zuraida

FREE MALAYSIA TODAY


pkr009 KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong kerana menggelar dirinya sebagai Wanita Pertama (The First Lady).

Memetik sebuah blog yang memaparkan Rosmah sebagai "The First Lady", Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, kenyataan itu dilihat sebagai tidak wajar dikeluarkan oleh beliau.

"Jika kita merujuk kepada Artikel 32, Perlembagaan Negara, gelaran itu hanya diberikan kepada Raja Permaisuri Agong selaku Pemimpin Tertinggi Negara," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Muslimat Parti Keadilan Rakyat berkata, "gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara.

"Sikap Rosmah yang kerap menggunakan ungkapan “The First Lady “yang merujuk kepada dirinya dilihat sesuatu yang tidak sopan dan seolah-olah menunjukan beliau cuba untuk membelakangi Istitusi Diraja," ujar beliau.

Beliau menegaskan, amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agong dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

"Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontoh kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara.

Justeru, kami menggesa Rosmah membuat kenyataan maaf secara terbuka dan berhenti menggunakan gelaran tersebut di mana- mana sahaja beliau berada," tambah beliau.

Tiada ulasan: