HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Mei 2010

Selangor Kata ‘Tidak’ Kepada Pembinaan Loji Nuklear


20090816193030_khalid Oleh Fazy Sahir


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyatakan pendiriannya untuk tidak menyokong pembinaan tenaga nuklear di negeri terbabit memandangkan terdapat sumber-sumber tenaga alternatif lain.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak akan membenarkan sebarang kemudahan sedemikian dibina di negeri tersebut.

"Kerajaan Negeri tidak akan menyokong dan membenarkan sebuah loji nuklear dibina di sini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco petang tadi," katanya.

Beliau berkata, "terdapat sumber-sumber lain seperti tenaga solar atau matahari yang boleh dipertingkatkan dan digunapakai selain daripada tenaga nuklear tersebut.

"Saya rasa tidak perlu untuk meningkatkan pengeluaran tenaga melalui nuklear ini," kata beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid menyatakan pendirian bagi pihak kerajaan negeri ekoran Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata kerajaan pusat memutuskan untuk membina loji tenaga nuklear pertama pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pihak kementerian berkenaan masih belum mengenalpasti tapak yang sesuai untuk loji yang dijangka beroperasi pada 2021 itu.

Khalid mengesyurkan menteri berkenaan membawa perkara yang serius ini ke Parlimen kerana pembinaannya melibatkan sejumlah wang yang banyak seperti empangan Bakun di Sarawak.

Tiada ulasan: