| Zulaikha Zulkifli | |||
| |
Bagaimanapun, beliau berkata, secara realitinya, ia tidak menyelesaikan masalah yang ada.
"Jika pekerja tersebut hendak melarikan diri, mereka tetap akan lari jika pasport ada pada mereka atau tidak. Jika pasport diberi kepada pekerja, apa jaminan yang majikan terima? Dan perlukah mereka (pekerja) menyimpan pasport?
"Mereka (pekerja Indonesia) bukannya nak guna pasport hari-hari. Bila mereka balik ke negara mereka, barulah ia akan digunakan. Jika nak keluar pun, mereka mempunyai kad pengenalan diri yang diberikan oleh imegresen.
"Sebenarnya, ia merupakan persoalan yang agak rumit samada mereka memegang pasport atau tidak. Bagi saya, jalan yang terbaik ialah mesti ada jaminan oleh kedua-dua belah pihak. Beri atau simpan bukan satu jaminan.
Jelasnya, jika berlaku 'perselisihan faham' oleh kedua-dua pihak dalam memegang pasport, pihak ketiga perlu diwujudkan.
"Saya cadangkan supaya mewujudkan pihak ketiga seperti kedutaan untuk memegang pasport tersebut," katanya.
Beliau berkata, pihak ketiga ini bertujuan untuk mengelakkan perselisihan faham yang mungkin timbul di antara majikan dan pekerja.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan bidang tenaga kerja.
Perbincangan tersebut mengkehendaki majikan Malaysia memberi kelapangan (pelepasan/cuti) sehari dalam seminggu kepada pekerja Indonesia. Selain itu, MOU berkenaan juga menetapkan pasport pekerja Indonesia hendaklah dipegang oleh pekerja kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak, ia boleh disimpan majikan.
"Prasangka majikan mengenai pembantu rumah akan lari jika diberikan pasport adalah bergantung bagaimana majikan melayan mereka sebagai pekerja.
"Kalau kita (majikan) treat dia (pembantu rumah) dengan adil, dia mungkin akan balas dengan baik. Kalau kita buat dia macam 'pekerja', mungkin dia akan lakukan sesuatu yang tidak baik," katanya semasa dihubungi Malaysiakini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat banyak kelemahan pemantauan dalam proses pengurusan dan penempatan pembantu rumah.
"Pihak berkuasa tidak boleh memandang remeh isu ini (pekerja asing lari) kerana ia menimbulkan kesangsian dan integriti banyak pihak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan