HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Mei 2010

Siswazah Pelajar Perubatan UKM Belot?

BERITA SEMASA


Benda ini sudah lama berlaku. Selagi kerajaan Malaysia tidak memperbaiki skala gaji doktor, sampai bila-bila pun doktor ini akan lari kerja dengan hospital swasta mahupun di luar negara. Secara logiknya, siapa yang mahu bermati-matian dengan diberikan gaji yang tidak setimpal. Itu sebabnya apabila mereka ini tamat sahaja kontrak berkhidmat dengan kerajaan, doktor-doktor akan beralih angin. Perkara yang sama juga berlaku kepada siswazah & pelajar perubatan UKM baru-baru ini

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semakin ramai pelajar perubatan UKM ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu. Tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu dan jika ini berlaku ia pasti merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.

Sehubungan itu, beliau meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing. Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran daripada kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu.

“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 ($1,566) dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan. Walaupun ganjaran agak rendah berbanding Singapura, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,”.

Erm……inilah bezanya antara negara membangun seperti Malaysia dengan negara maju seperti Singapura. Kita bercakap soal fakta dan realiti hari ini. Bezanya di sini, negara membangun masih lagi bercakap soal nasionalisme, mengenang budi, tabur bakti, balas jasa manakala negara maju pula banyak melihatkan betapa pentingnya appreciations, professionalisme, rewards dan motivations.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada di negara Venuezuela yang banyak mengimport doktor-doktor dari negara Cuba. Ada Fidel Castro melatah? Mengatakan yang doktor-doktor ini tidak mengenang budi, tidak nasionalis. Bukan sebarang punya negara, negara komunis pula tu.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia, doktor pelatih ini mendapat tawaran yang lebih baik. Minta maaf sekarang ini dunia sekarang ini duit, duit dan duit ditambah dengan masing-masing mahukan suasana dan kehidupan yang lebih baik serta kebebasan masa. Zaman kebanggaan sebenarnya dah berlalu terlalu lama. Siapa cepat dia dapat!!!! Kalau Singapura boleh berikan tawaran yang lebih baik, mengapa tidak kerajaan Malaysia counter balik? Doktor pelatih seperti inilah apabila dapat kumpul banyak duit, yang untungnya Malaysia juga nanti apabila bawa masuk duit dari luar.

Melihatkan kenyataan Vice Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), timbul rasa bangga kerana Singapura mengiktiraf graduan-graduan dari UKM dan juga UM. Bukan senang nak dapatkan pengiktirafan sebenarnya. Kalau dahulu, United Kingdom yang mengiktiraf doktor-doktor pelatih dari Universiti Malaysia.

Apabila bercakap mengenai gaji, memang tidak dapat dinafikan yang pihak kerajaan Malaysia kurang memberikan perhatian kepada sektor-sektor yang kritikal. Apa-apa pun ini adalah satu hakikat yang pihak kerajaan Malaysia harus fikirkan. Sistem pelarasan gaji, kenaikan pangkat semua terlalu jelas tidak ada keadilan lebih-lebih lagi sejak 3 atau 4 tahun kebelakangan ini. Penumpuan kepada sesuatu perkhidmatan itu diberi kan oleh siapa yang berkuasa untuk menampakkan kebaikan dirinya atau untuk mempopularkan diri bagi tujuan tertentu.

Itu belum masuk lagi soal saintis Malaysia yang sukar mendapat geran. Walau dapat sekalipun, masih lagi terikat dengan karenah birokrasi. Sebagai contohnya tempahan bahan kimia kena mohon dengan bahagian kewangan dan maklumbalas yang diterima memakan masa berbulan-bulan. Jikalau negara-negara seperti Jepun, Korea dan United Kingdom duit geran akan diberikan kepada Saintis mereka diuruskan sepenuhnya.

Kalau setakat harapkan nasionalisme & rasa bangga semata sahaja, tetapi tiada reward dan promotion PTD sahaja yang dapat. Golongan doktor kenalah dihargai juga sesuai dengan kepakaran & kebolehan serta pengorbanan mereka dari mula belajar sampai jadi specialist. Kadang-kadang membuatkan saya terfikir, kita ini sebenarnya selalu salah dalam memberikan prioriti, benda lain boleh pula dibelanjakan berbiliion-bilion tetapi kalau nak berikan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran mahupun kebolehan, sikit punya susah. Macam-macam helah & alasan.

“Kambing pun kalau nampak kawasan rumput lebih hijau akan pergi, apatah lagi manusia yang mempunyal akal fikiran, ilmu yang tinggi dan impian menggunung”

Jika keadaan seperti ini dibiarkan, tidak mustahil satu hari nanti kita sendiri tidak ubah seperti negara-negara lain seperti Indonesia, Nepal, Bangladesh , Myanmar dimana rakyat mereka sanggup keluar utk mencari kehidupan yang lebih baik ( Terutama dari segi kewangan ). Kalau boleh kita elakkan perkara seperti itu berlaku.

Sementara ada masa ini, kerajaan Malaysia perlu mencari jalan alternatif dan penyelesaian terbaik supaya ia tidak terus berpanjangan supaya siswazah & pelajar perubatan sebagai contohnya tidak terus “beralih angin”

P/S : Yang pentingnya, walau jauh mana sekalipun mereka ini merantau, harap dapat pulang suatu hari ini ke tanah air sendiri untuk membantu membangunkan negara

Tiada ulasan: