|  Laporan BigDog di http://bigdogdotcom.wordpress.com menguja saya untuk menulis ringkasan ini.
Saya hadir sebagai seorang panelis dalam pertemuan BUM 2010, Sabtu lalu, 22 Mei serta berkongsi pentas bersama YB Teresa dan Uthayakumar, Protem Sec-Gen Hindraf dengan bertajuk “Bloggers’ Role in Bridging Religious Divide”. Tidak mudah untuk seorang ahli politik untuk menerima ‘engagement’ seperti ini kerana terdedah kepada pelbagai risiko, dan kumpulan bloggers merupakan satu kelompok manusia yg paling sukar untuk didepani dan dimenangi. Itulah keunikan dan kelebihan mereka sebagai unsur penyemak-imbang kepada golongan ‘berkuasa’ -siapa pun mereka.
Tidak bertujuan untuk memenangi hati-budi bloggers dan bukan juga untuk ‘berdakwah’ dari fahaman yang konvensional atau ‘proselytizing’, saya memang selesa dengan cabaran sebegini dan tidak kira datang dari mana ‘divides’ sekali pun atau julat ‘ideological milieu’ mereka. Komitmen saya 'Never fear to engage but never engage out of fear', meletakkan diri ini tidak takut untuk diserang, dikritik atau dituduh dengan pelbagai tohmahan.
Berlaku adil kepada tajuk, telah saya cuba berikan perspektif benarkah wujud ‘religious divide’, apakah sebabnya pencetusnya, apakah ianya satu yang parah di negara ini? Ini antara persoalan telah cuba dikupas secara separa-ilmiah. Kemudiannya saya lontarkan kepada bloggers apakah bloggers akan menjadikan suasana lebih baik (better off) atau lebih buruk (worse off) atau tidak meninggalkan apa-apa kesan yakni status-quo, ada atau tak ada bloggers. Contoh-contoh telah diberikan dalam kesemua senario.
Telah diterangkan tentang beberapa isu termasuk kedudukan PAS selaku sebuah parti Islam yg ideologinya Islam namum mengambil pendekatan demokrasi bagi menjayakan advokasinya…segalanya mesti melalui peti undi dan proses legislatif. Telah ditegaskan bagaimana PAS hari ini lebih mampu menangani cabaran demografi dan politik plural atau majmuk dan terus belajar dari kesilapannya sehingga mendekati perjuangannya mirip bagaimana Rasulullah saw menangani kota Medina yang bersifat majmuk, pluralis dan kosmopolitan. Sebab itu slogan kami “PAS Untuk Semua” dan sedikit waktu lagi “Islam untuk Semua”.
Saya juga telah menegaskan bahawa saya seorang Islamist Democrat yg bersedia menerima perbezaan bahkan mengurus pertentangan dalam semangat demokrasi. Saya akan memperjuangkan hak kelompok lain untuk bersuara dan memperjuangkan ideologi, kefahaman dan advokasi mereka, seperti juga saya mahu diberikan hak untuk memperjuangkan keyakinan atau conviction saya. Kriteria ini cukup penting bagi membudayakan 'semak-imbang’ dalam sebuah demokrasi yang vibrant dan mantap.
Malangnya dengan itu pun masih ada mahukan PAS menggugurkan Islam dari perjuangan PAS. Itu lah maklumat latar yang melahirkan ungkapan yang mudah-mudah menjadi ‘keramat’ bagi perjuangan PAS - 'Tanpa Islam, PAS Sama Seperti Umno’ . Memang jauh maksud ini, dan saya tak bersedia menghuraikan di sini. Mungkin saudara sendiri mampu menyelami maksud ini terutama mutakhir ini…dah jelas tak perlu bersuluh lagi.
Apa pun saya pertaut lakaran seorang blogger – BigDogDotCom- yg saya berkesempatan berkenalan dan berbincang sewaktu dinner dengan lebih lanjut dengan beberapa bloggers terulung seperti Rocky Bru, Harris Ibrahim dan lain-lain. Saya tinggalkan saudara untuk mencerap dari penulisan ini, tak perlu saya berikan komentar saya..almaklum sahajalah..itu tetap hak masing-masing.
---------------------------- Petikan bigdogdotcom.
Dr Zul: Tanpa Islam, PAS sama seperti UMNO
MP Kuala Selangor YB Dr. Zulkifli Ahmad mengaku bahawa “PAS tidak akan menghilangkan ‘perjuangan Islam’nya kerana tanpa ‘Islam’, PAS hanyalah sama seperti UMNO. Tiada beza”. Beliau menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa BUM 2010 Y L Chong semasa menjadi panelis dalam sessi ‘Pengasingan Ugama’ (Religious Divide), Bloggers United Malaysia (BUM) 2010 semalam di Subang Jaya.
Beliau berkongsi pentas bersama MP DAP Seputeh YB Theresa Kok dan pejuang militan dan rasis tegar Hindu P. Uthayakumar, yang juga pengasas HINDRAF.
Mantan Pengarah Stategi PAS itu juga mengaku bahawa mereka tidak lagi memberikan fokus untuk menubuhkan ‘Kerajaan Islam’ malah sedia berkerjasama dengan parti Chauvinis Cina DAP untuk menjayakan Pakatan Rakyat dan mengutamakan ‘nilai persamaan’ (shared values) seperti ketelusan, pembaikan sistem penyampaian, memerangi rasuah dan semestinya agenda menjatuhkan Barisan Nasional. PAS amat komited untuk menjayakan kerjasama bersama dalam Pakatan Rakyat.
Dr. Zulkifli mengaku beliau merupakan seorang ‘Islamist Democrat‘. Apabila disoal mengenai samada kesanggupan PAS untuk membatalkan perjuangan ‘Islam’, beliau mengelak dengan meminta agar mereka diberikan peluang atas konsep universal ‘menghormati hak dan pandangan orang lain’, “Saya menghormati hak dan pandangan Tuan dan sama seperti meminta pandangan saya juga dihormati”…read more
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan