KUALA LUMPUR : Kerajaan negeri Selangor mengalu-alukan penarikan rayuan oleh pihak kerajaan persekutuan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dalam kes Sagong Tasi di Mahkamah Persekutuan.
Melalui penarikan ini, kes yang telah dibicara sejak 15 tahun lalu ini akhirnya mendapat penyelesaian muktamad.
"Penyelesaian kes ini sudah tentu menjadi berita baik kepada semua kerana ia mengiktirafkan hak Orang Asal ke atas tanah adat. Sebelum keputusan ini, masyarakat Orang Asal hanya dianggap sebagai penyewa tanah," kata Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam kenyataannya.
Pada bulan April 2009, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan untuk menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS), tindakan untuk menarik diri dari rayuan jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap hal ehwal tanah Orang Asli di samping menunjuk secara jelas pengiktirafan hak Orang Asli dan Orang Asal di Malaysia oleh Pakatan Rakyat.
Kerajaan negeri Selangor telah dimaklumkan secara tidak langsung tentang usaha untuk membuat pindaan terhadap Akta Orang Asli bertujuan menghadkan jumlah bayaran pampasan serta keluasan tanah yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
"Kami menyeru kerajaan persekutuan untuk memperakui keputusan yang diiktiraf antarabangsa ini dan mengadakan perundingan dengan masyarakat Orang Asli secepat mungkin sebelum melakukan sebarang pindaan kepada undang-undang," tegas beliau.
HALAMAN SANTAI
Khamis, 27 Mei 2010
Tarik Balik Rayuan : Kes 15 Tahun Selesai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan