HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Mei 2010

Tips Temuduga Kerajaan

BERITA SEMASA COM.


Kalau diikutkan ramai yang ingin kerja kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang ura-ura kakitangan kerajaan akan naik gaji. Ker anda sebenarnya memang tidak kisah pun? Kalau nak kerja kerajaan, temuduga adalah syarat atau proses yang perlu dilalui oleh mana-mana yang nak mohon kerja kerajaan.

Di sinilah ramai yang terkandas. Kalau dikongsikan jawatan kosong semata di sini, tak jadi juga. Jadi di sini saya suka berkongsi panduan & tips temuduga kerajaan. Samada lulus atau tidak, bukan kerja saya. Tetapi, diharapkan tips temuduga kerajaan ini membantu anda….

Kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Itu belum cukup. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat. Mengambil kira banyak faktor. Jadi perlunya anda jadi individu :

Okey…straight to the point. Saya akan menyenaraikan seberapa banyak tips temuduga kerajaan yang diharapkan anda semua menjadi calon temuduga yang berjaya kelak. Insyaallah. Yang lain-lain ada tips atau pengalaman anda sendiri boleh berkongsi dengan pembaca di sini.

1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri temuduga kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut. Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.

2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa itulah nak cari lokasi & tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak tenang? Persiapkan diri anda daripada segi :

  • Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute).
  • Tahu lokasi temuduga
  • Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal

2. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang anda dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

3. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Soalan-soalan lazim temuduga kerajaan akan saya kongsikan pada artikel yang akan datang. NANTIKAN..

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasa contohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.

Contoh? Contohnya……seorang calon temuduga kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat anda tentang dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan anda sangat cerah untuk TIDAK diterima masuk untuk kerja kerajaan.

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. ELAKKAN daripada menipu. Point di sini apa? USAHA!!

6. Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu. Kalau dah sampai panel penemuduga pun tercengang melihat anda berkomunikasi dan menjawab soalan, anda di landasan yang tepat untuk lulus

7. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA

8. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan panel penemuduga.

9. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam satu-satu komuniniti. Samada formal ataupun tidak formal.

10. Anda mesti yakin yang anda sebenarnya boleh. Yakin kepada diri sendiri.

11. Alah….rahsia terbesar & tips lulus temuduga kerajaan adalah dengan dengan adanya pertolongan orang dalam aka kabel. Betul ker? Memang itu tidak dapat dinafikan. Betullah tu andaian anda, dan sememangnya budaya ini ada berlaku. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel anda” 11 KV sekalipun, anda pula macam “kayu” semasa ditemuduga, tak jadi juga.

12. Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. MESTI!!

13. Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :

  • Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
  • Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi

14. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)

15. Akhirnya sekali minta restu dan minta mereka doakan kejayaan untuk diri anda. Anda juga jangan lupa doa.

P/S : Saya akan tambahkan beberapa panduan & tips temuduga kerajaan yang lain daripada masa ke semasa. Kalau anda berjaya saya ucapkan tahniah dan syabas. Apabila anda diterima masuk, “habuan” yang anda terima………………..

Tiada ulasan: