| Salhan K Ahmad |
Memorandum itu juga mendakwa kenyataan Zaid itu, seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah sultan yang merupakan tunggak pemerintah serta ketua agama.
Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, atas kenyataannya yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, yang bersumberkan tulisan pemimpin PKR itu dalam blognya.
Perhimpunan selama 15 minit itu diketuai penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.
Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.
"Itu adalah dalam (bidang) tugas baginda sebagai ketua agama Islam.
"Kenyataan (Zaid) silap. Baginda ada kuasa dan tak perlu rujuk perlembagaan. Ini adalah fakta," katanya lagi.
Dalam perhimpunan selama kira-kira 15 minit itu, mereka turut membakar satu poster bertulis "Zaid Ibrahim hero PKR, penderhaka raja pengkhianat Melayu."
Kumpulan itu juga turut membawa sepanduk bertulis "PKR parti khianati raja" dan "Halau Zaid dari Selangor".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan