HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Mei 2010

Zambry Pelawa Pemuda PAS Masuk Umno

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Perak Mahkamah, Zambry Abdul Kadir dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) seperti kehabisan modal apabila mempelawa Pemuda PAS di Perak supaya meninggalkan parti dan menyertai Umno.

"Saya sangat terkejut dengan kenyataan Zambry yang saya sifatkan sebagai sangat terdesak dan kehabisan modal untuk bercakap bila mengajak Pemuda PAS untuk masuk UMNO sedangkan apa yang dikeluarkan dalam banyak kenyataan Pemuda PAS selama ini bukan bermasud Pemuda PAS minat kepada Umno, tetapi saya tegaskan adalah kenyataan-kenyataan yang menyatakan kebencian dan jijiknya Umno di mata sayap kanan Parti PAS," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Beliau berkata, pemuda PAS telah melalui tarbiyah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium 'bau busuk Umno' yang memiliki kepimpinan yang menyimpang dari akhlak Islam.

Bagi Khalil, Zambry seharusnya sedar dolongan muda di Perak dan malaysia semakin muak dengan kepimpinan Umno yang telah menjadi makluk perosak di Malaysia.

"Selepas dibuktikan bersekongkol dengan yahudi laknatullah, menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM 320 billion, sekali lagi malang datang untuk golongan pemuda di Malaysia bila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh menteri kewangan kepada Syarikat Berjaya.

"Tidakkah pemimpin Umno sedar bahawa indek dalam apa saja kegiatan salah laku dan jenayah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin Umno semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai TOTO seluruh negara bermula hari ini, saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggug oleh Pemimpin Umno yang membenarkan judi yang jelas haram disisi Islam. Malah menyokong UMNO berarti menyokong Judi yang "dihalalkan" dengan lesen oleh UMNO," tegas Khalil.

Beliau dalam pada itu mengesahkan bahawa Pemuda PAS memang berminat kepada Umno, tetapi berminat untuk menyaksikan ianya cepat dikuburkan dibumi tercinta ini.

Tiada ulasan: