Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang menuduh PAS, PKR, DAP dan Sekretariat Bersih mengamalkan kegiatan subversif dan anarki. “Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata? “Sedangkan saya mahu Reezal Merican melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan Parti Keadilan Rakyat beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi. Beliau mempersoalkan adakah Reezal Merican sedar bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara. Malah, tanya beliau lagi adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman Bersih 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif. Katanya, sejak Sekretariat Bersih mengumumkan Himpunan Aman Bersih 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru hara pada hari tersebut. Tetapi sebenarnya, kata beliau reaksi emosional Umno termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur Bersih. “Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif? “Oleh yang demikian, saya tetap menyeru kepada rakyat khususnya anak muda yang cintakan keadilan di Malaysia dan menginginkan kehidupan yang lebih baik di negara ini agar dapat turun menyatakan sokongan tanpa rasa takut kerana perhimpunan ini dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan dilakukan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit,” katanya. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 1 Julai 2011
Subversif: Pemuda PAS tempelak Reezal Merican
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan